FOOD IS THE INGREDIENT THAT BINDS US TOGETHER

Monday 17 October 2016

LOVELY FOOD

KELANTAN



  • Nasi tumpang



 nasi dengan lapisan yang berbeza !
 dibungkuskan didalam bentuk kon sebelum dihidangkan.!!
"Nasi tumpang pilihan terbaik😉😉."

Lauk yang ada didalam nasi tumpang :
- omelet 
-serunding ikan ,serunding daging
-udang 
-ikan masak kari,
-sambal cili dan timun.
"Setiap lauk akan diletak secara selang seli dengan nasi putih."
Menarik kan 😁😁






  • Nasi kerabu
 "Apa?nasi biru?"


 dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng,ulam,  keropok kering, jeruk, telur masin dan salad
Walaubagaimanapun, nasi kerabu juga sering dimakan dengan solok lada dan keropok goreng.


MELAKA

Nak pergi melaka nak tau sejarah..nak pergi melaka takkan tak nak tau makanannya..^_^


Asam pedas



-Resepi asam pedas
ikan (kebiasaannya ikan parang,ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.
-Cara untuk membuatnya
1. cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat.

2.Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat.

3.Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi kedalam periuk sehingga naik baunya dan garing.Jangan pula hangus.

4.Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut banyak atau sedikit sukatan masakan.

5.Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan sehingga mendidih.

6.Akhir sekali masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur atau daun limau purut.
"Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka "


SARAWAK


 Laksa Sarawak


 makanan tradisional yang popular di Sarawak.
-Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung.
-Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara.
-Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari.
-Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas.
-Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya.
-Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi. 





 mee kolok


mee yang popular di Sarawak.
-Mee kolok banyak terdapat di kedai makanan melayu dan cina.
-Mee kolok terdapat dalam dua jenis iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap.
-Selain dikenali sebagai mee kolok, ia juga dikenali sebagai mee kampua, mee rangkai dan mee kering.
-Keistimewaannya adalah rasa mee kolok berbeza dengan rasa mee goreng yang lain dan tekstur mee kolok juga kecil dan lembut serta kenyal.


 Manok pansoh


 sejenis makanan tradisional yang popular juga di Sarawak.
-Manok pansoh adalah ayam yang di masak di dalam buluh.
-Makanan ini adalah berasal daripada makanan tradisional kaum Iban di Sarawak.
-Cara penyediaannya adalah ayam dimasukkan di dalam buluh dengan perasa, bawang, halia, bunga kanta, serai dan daun ubi kayu.
-Kegunaan daun ubi kayu adalah untuk menutup permukaan buluh.
-Cara memasaknya adalah sama dengan cara memasak lemang. 

KEDAH 

Mai sini mai sini..singgah kedah dulu la !!


-BUNGA PUDAK


 Kuih bunga pudak adalah sejenis kuih asli di negeri Kedah,terutama di bahagian utara Kedah seperti Alor Star,Jitra dan kawasan-kawasan berdekatan dengannya. Orang Kedah yang tinggal di bahagian selatan dan timur mungkin tak pandai nak buat kuih ni...kuih ni kita boleh dapati dijual di kedai-kedai kuih tradisi terutama kat Pekan Rabu,Alor Star.




 RESEPI 
.Nampak gaya macam mudah, tapi kuih orang dulu2 selalunya memerlukn teknik kemahiran yang tinggi untuk mendapatkan hasilnya.

inti
1 biji kelapa parut
1 cawan gula pasir
sedikit garam
perasa ros
pewarna kuning/merah/hijau

kulit
1 bungkus tepung pulut
1 cawan air
1 cawan garam halus

1. campurkan semua bahan untuk inti.goreng dgn api sederhana, kacau hingga kering.
2. gaul semua bahan untuk kulit. biar 1/2 jam
3. sediakan kuali sederhana panas.ambil 1 camca adunan tepung masuk dlm penapis kopi, ayak tepung tersebut ke dalam kuali. ayak rata dalam bentuk bulat
4. masuk inti ditengahnya. lipat empat segi.
5. panaskan seketika, angkat dan ulangi hingga habis.

PULAU PINANG

Cakap sahaja pulau pinang..tu dia nasi kandar la jawabnya!!
 "Orang kata tak kenal maka tak cinta..apa lagi...marilah mendalami sejarah makanan pulau pinang ni. 😄😄 "

Sejarah Nasi Kandar





Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.
Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.
Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil adalah digunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.

Sejarah Laska Penang



Laksa  merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan. Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal.



Sejarah Pasembor




Pasembur atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb. dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate. Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia biasanya dikaitkan dengan Pulau Pinang, di mana pasembur terbaik boleh didapati di sepanjang Jalan Gurney. Di bahagian lain Malaysia, istilah "Rojak Mamak" lebih biasa digunakan.
Secara tradisi, penjaja rojak Tamil Muslim menjual di gerai dan motorsikal sebagai kaunter penyediaan dan menjual rojak mereka. Penjaja bergerak ini kini menggunakan lori kecil. Pasembor juga dijual di Singapura sebagai campuran ubi kentang, telur, tahu, dan udang kering dihidang dengan kuah kacang manis pedas.


Sejarah Rojak




Rojak Pulau Pinang adalah hidangan salad buah-buahan campuran termasuk, antara lain, timun, hongkwak (lobak), nenas, jambu udara (rose epal, Syzygium jambos), dan mangga hijau. Bukan buah-buahan bahan-bahan yang ditambah untuk salad ini termasuk sotong, obor-obor, Eu Char Koay dan Taukuah (beancurds). Bersama-sama, mereka membentuk satu campur aduk eklektik (istilah "rojak" digunakan dalam ungkapan basahan bermakna mencampuradukkan eklektik) dihidangkan dengan berpakaian pes udang gelap dipanggil Hae ko (melekit belacan) dengan ditumbuk belacan (kek udang), cili serbuk , dan gula, dan mendahului dengan percikan berasaskan kacang panggang dan bijan
.

"Kata orang sekali cuba tak cukup, jadi jagan lepaskan peluang untuk menikmati masakan pulau pinang. 😊😊 "

9 comments: